Blog

Bicara Otak dan Saraf

Dr Nor Faizal A B

Doktor perlu menjalankan ujian imbasan otak sekiranya anak anda disyaki mempunyai masalah otak dan saraf. Keputusan imbasan otak dan saraf tunjang dapat membantu merancang rawatan yang terbaik untuk pesakit.

Perawatan ketumbuhan otak memerlukan sekumpulan doktor pakar yang mempunyai fokus yang sama. Kumpulan ini terdiri daripada pakar bedah otak kanak-kanak, pakar onkologi kanak-kanak, pakar bius kanak-kanak dan pasukan perawatan intensif kanak-kanak. Terdapat beberapa pakar lain yang terlibat sebelum d...

Rawatan kemoterapi menggunakan ubat yang boleh memusnahkan sel ketumbuhan. Pakar onkologi akan mengira dos yang bersesuaian untuk pesakit dan rawatan ini diberi megikut jadual dan dos yang bersesuaian dengan jenis dan tahap ketumbuhan.

Rawatan radioterapi menggunakan radiasi untuk membunuh sel kanser yang diberi oleh pakar onkologi radiasi. Rawatan ini diberi megikut jadual dan dos yang bersesuaian dengan lokasi ketumbuhan.

Dr Nor Faizal Ahmad Bahuri akan berjumpa dengan pesakit selepas 2 minggu pembedahan di klinik. Ramai ibu dan bapa risau dan bertanya mengenai penjagaan selepas pembedahan otak kanak-kanak. Saya akan menjawab persoalan yang sering ditanya kepada saya di dalam blog ini.