Blog

Bicara Otak dan Saraf

Dr Nor Faizal A B

Astrocytoma adalah ketumbuhan otak dan saraf tunjang yang paling biasa dihidapi pesakit kanak-kanak. Pai-lo-sitik astro-sai-toma adalah sejenis ketumbuhan otak yang berasal dari sel berbentuk bintang (astro) yang dinamakan astrocytes. Astrocytes adalah salah satu sel utama otak yang menyokong dan memberi nutrisi kepada neuron di dalam otak.

Diffuse Intrinsic Pontine Glioma adalah ketumbuhan otak yang sangat jarang dijumpai dan ekslusif hanya dalam kategori umur kanak-kanak.

Doktor perlu menjalankan ujian lanjut untuk mengesahkan ketumbuhan otak. Lokasi ketumbuhan otak dan tahap penyebaran kanser boleh disiasat menggunakan imbasan CT atau MRI. Keputusan imbasan otak dan saraf tunjang dapat membantu merancang rawatan yang terbaik untuk pesakit. Sekiranya kanser telah merebak di luar kawasan ketumbuhan, keadaan ini dipanggil metastasis.

Medulloblastoma (MB) adalah sejenis ketumbuhan otak pejal (solid tumor) yang selalu dihidapi oleh kanak-kanak. Ia mewakili sebanyak 7-8% daripada jumlah keseluruhan ketumbuhan otak dan mewakili 30% ketumbuhan otak kanak-kanak.