Imbasan Otak

Imbasan Otak

Apa yang anda perlu tahu

Imbasan Otak Pembedahan Otak MRI scan CT scan Ultrasound

Doktor perlu menjalankan ujian imbasan otak sekiranya anak anda disyaki mempunyai masalah otak dan saraf. Keputusan imbasan otak dan saraf tunjang dapat membantu merancang rawatan yang terbaik untuk pesakit.

Apakah imbasan otak yang sesuai dijalankan ke atas anak saya?

Senarai penyiasatan ini merupakan pilihan untuk mendiagnosa masalah otak dan saraf. Pesakit tidak perlu menjalani kesemua ujian ini dan doktor akan menimbangkan beberapa faktor dalam membuat pilihan ujian:

  • Jenis masalah otak dan saraf yang disyaki
  • Gejala penyakit
  • Umur dan kesihatan am pesakit
  • keputusan ujian lain yang berkaitan

Berikut adalah senarai ujian yang boleh dilakukan untuk mengimbas otak dan saraf:

  • Imbasan Ultrasound : Imbasan ultrasound adalah antara ujian awal yang mudah dan selamat. Penggunaan ultrasound boleh mengesan kecacatan otak semasa bayi didalam kandungan dan selepas dilahirkan. Ujian imbasan yang lain diperlukan sekiranya masalah otak dan saraf memerlukan rawatan pembedahan.

  • Imbasan CT : Imbasan menggunakan radiasi boleh mengesan lokasi, saiz dan jenis penyakit yang dihidapi. Agen kontras boleh diberi melalui suntikan atau minuman untuk gambaran imbasan yang lebih jelas. Imbasan ini boleh dijalankan dengan cepat dan sesuai digunakan didalam kes kecemsan.

  • Imbasan MRI : Imbasan ini menggunakan medan magnet juga boleh menunjukkan lokasi, saiz dan jenis penyakit yang dihidapi. Agen kontras boleh diberi melalui suntikan atau minuman untuk gambaran imbasan yang lebih jelas. Imbasan ini mengambil masa yang lama dan kanak-kanak mungkin perlu diberi ubat pelali sekiranya perlu. Imbasan MRI dapat menunjukkan tisu otak dan saraf dalam resolusi yang terbaik.

Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya anak anda memerlukan imbasan otak.

Previous Post Next Post