Astrocytoma

Astrocytoma

finding beauty in structure

Ketumbuhan Otak Astrocytoma

Astrocytoma adalah ketumbuhan otak dan saraf tunjang yang paling biasa dihidapi pesakit kanak-kanak. Pai-lo-sitik astro-sai-toma adalah sejenis ketumbuhan otak yang berasal dari sel berbentuk bintang (astro) yang dinamakan astrocytes. Astrocytes adalah salah satu sel utama otak yang menyokong dan memberi nutrisi kepada neuron di dalam otak.

Astrocytoma adalah sejenis ketumbuhan dalam kumpulan glioma dan pilocytic astrocytoma adalah ketumbuhan tahap rendah- sejenis ketumbuhan yang tumbuh dengan perlahan. Ia adalah ketumbuhan yang benign dan boleh dibedah dengan selamat. 90% ketumbuhan astrocytoma boleh sembuh dengan pembedahan sahaja.

Apakah gejala Astrocytoma

Astrocytoma membesar dengan perlahan dan ia menekan bahagian otak yang normal menyebabkan fungsi otak dan badan terganggu. Gejala ketumbuhan ini bergantung kepada tahap pembesaran ketumbuhan dan bahagian otak yang ditekan.

Antara gejala yang biasa ditunjukkan adalah:

  • sakit kepala pada waktu pagi
  • muntah pada waktu pagi menyebabkan kurang sakit kepala
  • selalu muntah secara tiba-tiba tanpa tanda loya atau cirit-birit
  • masalah penglihatan seperti kabur, nampak 2 objek atau buta secara tiba-tiba
  • masalah berjalan dan mudah hilang keseimbangan badan
  • sawan
  • kurang tahap kesedaran seperti meracau atau kurang siuman
  • selalu mengantuk
  • perubahan perangai

Astrocytoma tumbuh dengan perlahan dan mungkin gejala ditunjukkan beberapa bulan sebelum datang berjumpa doktor. Ada diantara pesakit yang menunjukkan gejala dengan cepat dan dramatik.

Bagaimana astrocytoma disiasat?

Imbasan otak diperlukan untuk memastikan ketumbuhan otak astrocytoma.

Dr Nor Faizal mencadangkan kepada keluarga untuk berbincang dengan pakar bedah otak kanak-kanak di klinik supaya mendapat pemahaman lebih jelas.

Apakah rawatan yang sesuai untuk astocytoma?

Pembedahan otak untuk membuang ketumbuhan dapat menyembuhkan pesakit. Hampir 90% pesakit akan sembuh dan tidak memerlukan rawatan lanjut.

Sekiranya anda mengesyaki anak anda menghidapi ketumbuhan otak atau gejala tekanan otak yang meningkat, sila rujuk kepada doktor anda secepat mungkin. Doktor boleh mengambil sejarah dan memeriksa fungsi saraf anak anda.

Previous Post Next Post